Perang Mulut Coach Dua Kelab Gergasi EPL

Ferguson memulakan perang mulut label Chelsea ancaman besar

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson sudah tampil awal memulakan 'perang psikologi' menjelang musim baru bola sepak apabila menyuarakan Chelsea adalah ancaman terbesar kepada impian Manchester United merampas semula dan membawa pulang mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris ke Old Trafford.

United akan dapat melihat kekuatan lawan mereka bergelar The Blues itu lebih awal apabila bertembung dalam Perisai Komuniti di Stadium Wembley, esok - perlawanan yang menandakan bermula musim baru EPL. 

"Mereka sudah memenangi trofi liga dan Piala FA, musim lalu dan anda tidak boleh memandang remeh kekuatan mereka sekarang," kata pengurus United, Ferguson, semalam.

"Chelsea memiliki pengalaman untuk mengulangi kejayaan mereka. Liga ini sekarang tampak lebih berbahaya dari segi saingan dan istilah 'Big Four' sudah tidak wujud lagi dalam EPL."

Chelsea pimpinan Carlo Ancelotti menamatkan dominasi tiga tahun selaku juara EPL, musim lalu selain menjulang trofi Piala FA.

Apapun, kedua-dua gergasi bola sepak Inggeris itu meniti nasib berbeza ketika ini. Sambil Chelsea akur bimbang dengan tahap prestasi mereka, United dilanda masalah kecederaan yang mencetus rasa gelisah Ferguson.
Chelsea sudah menanggung tiga kekalahan berturut-turut dalam siri persahabatan dan dibelenggu soal perpindahan pemain manakala United akan beraksi tanpa pemain tengah, Michael Carrick gara-gara kecederaan pergelangan. Penyerang, Michael Owen pula bimbang kesan beraksi di atas rumput Wembley yang pernah mengancam kerjayanya, awal musim lalu.

Ferguson turut mengesahkan Wayne Rooney yang sudah kembali ke United selepas detik kecewa dalam Piala Dunia akan bermain sekurang-kurangnya 45 minit di Wembley, esok. - AFP

sumber:internet

0 comments:

Post a Comment