Fabregas Masih Setia

LONDON: Arsenal mahu Cesc Fabregas berikrar secara terbuka menyatakan kesetiaannya apabila dia bersemuka dengan pengurus dan penyokong kelab itu.

Fabregas yang melaporkan diri ke Stadium Emirates, semalam buat kali pertama selepas permainan tarik tali dengan Barcelona yang membangkitkan kemarahan pengurus Arsenal, Arsene Wenger.









Wenger mahu Fabregas menamatkan spekulasi perpindahan dengan kenyataan terbuka, mengikut jejak langkah rakan sepasukannya di Sepanyol, Fernando Torres sekembalinya kepada latihan di Liverpool awal minggu ini.
Pengurus Arsenal itu bercakap secara peribadi dengan Fabregas sejak dia memenangi Piala Dunia bersama Sepanyol dan percaya bahawa kaptennya akan kekal di Emirates musim ini.

Bagaimanapun, rentetan pemain dan pegawai dari kelab Sepanyol itu mendesak pemain itu meninggalkan London untuk kembali ke negara kelahirannya.

Pertahanan, Thomas Vermaelen merumuskan perasaan pemain Arsenal ketika ini.

‘Dia kapten kami,” kata Vermaelen. “Dia pemain menakjubkan dan sangat penting buat kami dan kami semua berharap dia akan kekal.” - Agensi

1 comments:

Post a Comment