Perang Mulut Coach Dua Kelab Gergasi EPL

Ferguson memulakan perang mulut label Chelsea ancaman besar

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson sudah tampil awal memulakan 'perang psikologi' menjelang musim baru bola sepak apabila menyuarakan Chelsea adalah ancaman terbesar kepada impian Manchester United merampas semula dan membawa pulang mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris ke Old Trafford.

United akan dapat melihat kekuatan lawan mereka bergelar The Blues itu lebih awal apabila bertembung dalam Perisai Komuniti di Stadium Wembley, esok - perlawanan yang menandakan bermula musim baru EPL. 

"Mereka sudah memenangi trofi liga dan Piala FA, musim lalu dan anda tidak boleh memandang remeh kekuatan mereka sekarang," kata pengurus United, Ferguson, semalam.

"Chelsea memiliki pengalaman untuk mengulangi kejayaan mereka. Liga ini sekarang tampak lebih berbahaya dari segi saingan dan istilah 'Big Four' sudah tidak wujud lagi dalam EPL."

Chelsea pimpinan Carlo Ancelotti menamatkan dominasi tiga tahun selaku juara EPL, musim lalu selain menjulang trofi Piala FA.

Apapun, kedua-dua gergasi bola sepak Inggeris itu meniti nasib berbeza ketika ini. Sambil Chelsea akur bimbang dengan tahap prestasi mereka, United dilanda masalah kecederaan yang mencetus rasa gelisah Ferguson.
Chelsea sudah menanggung tiga kekalahan berturut-turut dalam siri persahabatan dan dibelenggu soal perpindahan pemain manakala United akan beraksi tanpa pemain tengah, Michael Carrick gara-gara kecederaan pergelangan. Penyerang, Michael Owen pula bimbang kesan beraksi di atas rumput Wembley yang pernah mengancam kerjayanya, awal musim lalu.

Ferguson turut mengesahkan Wayne Rooney yang sudah kembali ke United selepas detik kecewa dalam Piala Dunia akan bermain sekurang-kurangnya 45 minit di Wembley, esok. - AFP

sumber:internet
Teruskan Membaca

Links to this post

Lawak Senyum Kambing

Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian.setiap kali ujian,Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.

ayah: saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!

cikgu: betul encik.kami bukan tuduh begitu sahaja.

ayah: ape buktinya?

cikgu: nah,ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.

ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

ayah: memanglah jawapan mereka sama.macam mana cikgu kata anak saya meniru?

cikgu: sabar encik.cuba encik lihat soalan kedua.

ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan?sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama:31 ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah,tetapi ditenteramkan untuk terus membaca

Soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?

Azim menulis:maaf, saya tak tahu

Naim menulis: kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!

p/s msa kecik2 dlu mcm nila kot hehe
Teruskan Membaca

Links to this post

Tutorial Scroll Box

Terdapat 2 jenis scroll box iaitu 'Manual' dan 'Auto', ryoma akan tunjukkan step by step membuat scroll box ini.
kebanyakan mungkin tidak mengetahui bahawa scroll box ini mampu mengurangkan loading kerana anda tidak perlu menunjukkan semua gambar atau link pada blog, gadget ini juga mampu menjimatkan ruang pada blog dan menjadikan blog lebih menarik dan kemas.

 Auto Scroll Box
Langkah Pertama Login Dashboard=>Design=> Add A Gadget=> HTML/JavaScript . Kemudian Copy kod dibawah dan Save

<center><div style="border: 1px solid; color: #cccccc; height: 200px; overflow: auto; padding: 15px; width: 280px;">



CODE GAMBAR/LINK




</div></center>



 Manual Scroll Box
Langkah Pertama Login Dashboard=>Design=> Add A Gadget=> HTML/JavaScript . Kemudian Copy kod dibawah dan Save


<div class="textwidget"><marquee direction="up" width="105" onmouseover="this.stop()" scrollamount="2" onmouseout="this.start()" height="200" align="left">



LINE OR IMAGE 1



LINE OR IMAGE 2



LINE OR IMAGE 3



LINE OR IMAGE 4



LINE OR IMAGE 5



ETC.



</marquee></div>


ok sebarang masalah sila inform pada ryoma k..selamat mencuba
Teruskan Membaca

Links to this post

Fabregas Masih Setia

LONDON: Arsenal mahu Cesc Fabregas berikrar secara terbuka menyatakan kesetiaannya apabila dia bersemuka dengan pengurus dan penyokong kelab itu.

Fabregas yang melaporkan diri ke Stadium Emirates, semalam buat kali pertama selepas permainan tarik tali dengan Barcelona yang membangkitkan kemarahan pengurus Arsenal, Arsene Wenger.








Wenger mahu Fabregas menamatkan spekulasi perpindahan dengan kenyataan terbuka, mengikut jejak langkah rakan sepasukannya di Sepanyol, Fernando Torres sekembalinya kepada latihan di Liverpool awal minggu ini.
Pengurus Arsenal itu bercakap secara peribadi dengan Fabregas sejak dia memenangi Piala Dunia bersama Sepanyol dan percaya bahawa kaptennya akan kekal di Emirates musim ini.

Bagaimanapun, rentetan pemain dan pegawai dari kelab Sepanyol itu mendesak pemain itu meninggalkan London untuk kembali ke negara kelahirannya.

Pertahanan, Thomas Vermaelen merumuskan perasaan pemain Arsenal ketika ini.

‘Dia kapten kami,” kata Vermaelen. “Dia pemain menakjubkan dan sangat penting buat kami dan kami semua berharap dia akan kekal.” - Agensi
Teruskan Membaca

Links to this post